27 Mei 2007, bertempat di Dataran SRI ABIM Al-Hikmah Kota Bharu, Sambutan Hari Guru Kebangsaan YTP-ABIM (Yayasan Takmir Pendidikan ABIM) kali ke 2 ,2007 telah di jayakan dengan meriahnya dengan kehadiran guru-guru SRI dan SMI ABIM seluruh negara. Majlis yang dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah dianjurkan buat pertama kalinya di kawasan Pantai Timur sebagai permulaan untuk mengorak langkah sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di negeri-negeri mengikut giliran selepas dianjurkan di peringkat pusat pada tahun lepas.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Presiden ABIM, Hj Yusri Muhammad dan Ketua Pengarah Pendidikan , Yayasan Takmir Pendidikan ABIM (YTP-ABIM), Hj Mahyuddin b Ashaari.

Majlis Khas Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang

Kota Bharu, 6 Mei 2007- ABIM Negeri Kelantan dengan kerjasama Yayasan Maa'uun telah menganjurkan satu Majlis Khas Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang kepada adik Siti Fatimah Binti Mukhtar, pelajar terbaik keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2006.

Majlis yang diadakan bertempat di Rumah Puteri Harapan, Pengkalan Chepa tersebut telah dihadiri kira-kira 200 orang hadirin yang terdiri daripada para pelajar insititusi pendidikan ABIM , ibubapa dan ahli-ahli ABIM. Pada Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang tersebut, kira-kira 60 orang pelajar cemerlang yang terdiri daripada anak-anak ahli ABIM Negeri Kelantan telah menerima penghargaan di atas kecemerlangan mereka dalam peperiksaan SPRA, UPSR, PMR,SPM dan STAM. Majlis perasmian dan penganugerahan telah disempurnakan oleh Mohamad Raimi Ab.Rahim, Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat.

Dalam majlis setengah hari tersebut, adik Siti Fatimah telah berkongsi rahsia kejayaan beliau memperolehi kecemerlangan dengan meraih 18A (17 A1, 1 A2) dalam peperiksaan SPM 2006 sekaligus melayakkan beliau sebagai pelajar terbaik negara. Beliau yang merupakan bekas penuntut Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu merupakan pelajar yang bukan sahaja bijak dari segi akademik bahkan beliau merupakan terlibat aktif dalam lebih sebelas kegiatan ko-korikulum. Sebagai Ketua Pengawas serta Ketua Rumah di sekolah, kualiti kepemimpinan beliau memang amat terserlah selain penonjolan beliau dalam arena debat, kuiz pelbagai peringkat dan sukan badminton yang menjadi kegemaran beliau.

Dengan jadual seharian yang ketat, Siti Fatimah tidak pernah ketinggalan menghadiri kelas hafazan Al Quran selama 2 jam setiap malam walaupun peperiksaan hampir tiba. Berkat kesungguhan dan kegigihan beliau yang mengekang mata menahan mengantuk dan mengerah kudrat mencapai cita-cita meraih 18A1, pelajar pintar ini tetap bersyukur dikurniakan keputusan 17A1 kerana telah mencuba sedaya upaya dan bertawakal kepada Allah s.w.t

Dengan minat yang mendalam terhadap bidang perubatan, Siti Fatimah berhasrat melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan yang kini ditawarkan beberapa biasiswa di atas kecemerlangannya.

Tambah menarik, majlis yang berlangsung turut diisi dengan tips-tips pendidikan dan pengalaman membentuk kecemerlangan anak-anak oleh Hj. Mukhtar dan Hajjah Aisyah, ibu dan bapa kepada adik Siti Fatimah. Menurut pasangan ini, pembinaan keluarga Islam sebagai salah satu tuntutan agama yang diterapkan dalam ABIM merupakan salah satu faktor pendorong mereka untuk mendidikan anak-anak dengan cemerlang agar menjadi contoh terbaik kepada umat. Selain itu, tahap kawalan disipilin yang tinggi, pemantauan kemajuan pembelajaran, penyediaan kemudahan pendidikan serta hubungan akrab dengan para guru dan teman anak-anak merupakan antara kaedah pasangan ini membesar dan mendidik kesemua anak-anak mereka. Paling penting menurut mereka ialah doa tulus dan tawakal sepenuhnya kepada Allah s.w.t setelah segala usaha dicurahkan bagi memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak.

Sejurus selesai program, satu pertemuan khusus diadakan diantara pelajar-pelajar cemerlang tersebut dengan wakil pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang turut hadir dari Kuala Lumpur. ABIM mendoakan kejayaan adik Siti Fatimah sekeluarga. Semoga kejayaan beliau akan memberikan semangat kepada ahli-ahli ABIM untuk menanamkan budaya kecemerlangan kepada keluarga masing-masing.


-->

Faizul Afzan| Official Weblog
  • syah
  • Blogger Templates
  • Internet Marketing
  • -->

  • :Clockmysite| embed clock:
  • :Awesome| MP3 Player:
  • :Ripway| Upload Documnet:
  • :Dynamic Drive | Bina Ikon:
  • :Singingbox | Upload muzik:
  • :4shared.com | File Sharing:
  • :Easy Poll | Create your poll:
  • :Poll Code | Free poll:
  • :Stickam | Audio,Video&Photo playlist:
  • :Eggdisk | File Hosting & Storage:
  • :Meebo | Chatting Online:
  • :Cbox | Chatting Box:
  • :Shouthuns| Chatting Box:
  • :Wordpress | Free Blog:
  • :Blogger | Free Blog:
  • :GOOGLE| Translate:
  • :ANFYteam| Skrip Java:
  • :Odeo| Studio Login:
  • XML

    Blogger Blogger

    Gmail Gmail - Settings 

    Groups Groups - Manage subscriptions 

    Reader Reader - Settings 

    Talk Talk

    Powered by Blogger

    make money online blogger templates


    ABIM Kelantan button link! Copy & paste at your web blog

    ABIM Kelantan | weblog



    © 2007 Artikel | ABIM Kelantan | Blogger Templates by GeckoandFly.
    Segalanya adalah hak milik yang hakiki kepada ALLAH SWT.