Kunjungan Hormat ABIM Ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
Dipos oleh Muslim Youth Movement Of MalaysiaPada 21 Mac 07 Delegasi ABIM Negeri Kelantan yang terdiri oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Faisal Bin Abdullah (TYDP ABIM Kelantan), En Mazlan bin Mat Zali (Setiausaha ABIM Kelantan) dan Mohd Faizul Afzan Mamat (PSU ABIM Kelantan) telah mengadakan kunjungan hormat Ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. Kunjungan tersebut sebagai meraikan perlantikan Tn Hj Abdul Aziz b Abdul Rahman sebagai YDP JHEIK yang baru. Kunjungan tersebut banyak membincangkan tentang isu-isu semasa serta perbincangan mengenai agenda-agenda serta program yang dapat dibuat kerjasama antara ABIM Kelantan dan JAHEIK.
0 Responses to “Kunjungan Hormat ABIM Ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan”